<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1243786728839062260\x26blogName\x3dMassiveBright+STARS;\x27\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://combatssbiru.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://combatssbiru.blogspot.com/\x26vt\x3d-6166087840631603739', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Muse
Specs
Tutorials
Credits
+ follow Dashboard
Mr and Mrs Whatever- Part 2
Sunday, February 1212:41 PM

BAB 2: MET

"Cepat bersiap Armany, pakai baju kurung yang umi belikan hari itu." Mak Marina memberi arahan. Malas membantah, Armany cuma mengangguk perlahan dah mengatur langkah ke kamar beradu biarpun hatinya penuh bersarang tanda tanya.

"Pakai cantik sikit!" tambah Mak Marina kepada anak gadisnya itu. "Huh?" Armany mengerutkan dahi. "Ish budak ini, cepat sikit!" faham desakan ibunya Armany mempercepatkan langkah. "Apsal la dengan mak aku ni, petang-petang macam ni suruh aku siap cantik-cantik. Nak pergi mana?" ujar Armany saat menyarungkan baju kurung biru muda itu pemberian umi. Jelas keayuan gadis berkulit cerah itu. 30 minit kemudian, Armany menyusun langkah menuruni tangga untuk ke ruang makan seperti yang disuruh ibunya.

"Armany kan?" Armany tersentak. Sapaan dari jejaka yang telah memerhatinya sewaktu majlis perkahwinan kakaknya Khayrun. "Awak?" Armany membalas. Tanpa sempat jejaka itu memperkenalkan diri, Mak Marina  mencelah, "Eh, kenapa berdiri kat situ Fahmi? Duduk sini. Armany ajak Fahmi duduk." Dilihatnya pasangan separuh umur yang dijumpainya di majlis perkahwinah itu. Armany kehairanan.

..............................................

"DIJODOHKAN?!" Armany bercakap dengan nada separuh jerit. Mak Marina mula membuat reaksi tidak selesa. "Tak apa, biasalah kali pertama berjumpa setelah 11 tahun." Dahi Armany berkerut. Jejaka yang akan dijodohkan dengannya ini pernah berjumpa 11 tahun yang lepas? Armany memandang jejaka yg digelar 'Fahmi' itu. Lama Armany memandang wajahnya. 


Matanya kecil, redup. Alis keningnya lebat. Kulitnya cerah. Ketika duduk Armany berada di paras bahunya. Hidung mancung, bentuk wajah bujur. Ya! Baru Armany perasan, Fahmi seorang kacak. Bagaimana boleh seorang pemuda yang kacak yang dilahirkan dalam keluarga berada mahu menjadi suaminya, Khayrina Armany, gadis clumsy yang tidak punya rupa dan tidak dilahirkan dalam keluarga kaya. Armany seperti mengenali pemuda itu. Otaknya Armany sahaja yang malas memikirkan siapa pemuda itu.

Persoalan terlalu susah untuk dirungkai .

..................................................

"Armany? Kenapa awak pandang saya macam tu?" Fahmi mula bersuara. Armany mengalih pandangan. "Tak.. takde apa apa" Armany bermuka kelat. Dia langsung tidak mempunyai selera biarpun beraneka lauk-pauk terhidang di hadapan mata. Dari tadi dia cuba mengingati dimana dia berjumpa Fahmi. Entah mengapa, wajah Fahmi bagai pernah dilihatnya sebelum ini, tetapi dia sendiri tidak pasti dimana. Mahu sahaja Armany bertanyakan kepada uminya, tetapi memandangkan uminya sibuk melayan tetamu, dia batalkan sahaja niatnya itu.

"Fahmi, bawa Armany keluar. Boleh lah kamu berdua berbual." Datin Zarinah bersuara. Fahmi menurut perintah. Lantas padangannya dialihkan kepada Armany. Armany kekok, dia tidak pernah membayangkan seorang lelaki kacak melamarnya. "Seperti Prince Charming? Tidak lama lagi aku akan tahu juga." bisik hatinya. Armany dah Fahmi menuju ke taman di halaman rumah. Kedua ibu bapa tersenyum.

Angin bayu menghembus wajah Armany yang kerungsingan. Mereka duduk bertentangan di bangku batu di halaman rumah. "Jadi.. ibu bapa saya hendak menjodohkan kita berdua" Fahmi memulakan bicara. "Huh, dah tahu jawapannya tanya lagi." ujar Armany perlahan. Namun butir bicara dapat ditangkap Fahmi. "Mama dan Papa paksa saya, kalau saya tak kahwin dengan awak saya tidak akan mewarisi harta mereka. Harap awak faham." Armany menghela nafas. "Tapi kenapa saya? Kenapa bukan orang lain? Saya rasa awak bukan tak laku? Awak boleh cari perempuan dengan senang." Armany melepaskan segala yang terbuku di hati.

"Awak tak ingat saya? Mama yang mahu saya berkahwin dengan awak. Alasannya adalah kita dua pupu. Lagipun, mama kata awaklah calon yang paling sesuai.. Saya tidak boleh menolak." Fahmi pantas menjawab bagi membela diri. "Dua pupu? Saya tidak faham, kita pernah berjumpa ke sebelum ini?" Armany memadang Fahmi dengan suatu harapan. "Saya sendiri tidak ingat, tetapi mama kata kali terakhir kita berjumpa di Kelantan 11 tahun yang lalu." "Kelantan?" Armany masih tidak mengerti. Sejurus itu, Fahmi terpaksa pulang meninggalkan Armany dengan sejuta persoalan.

Cerita ini adalah kepunyaan Bella Jung . Aku cuma tulis dalam blog and pemberi 30% idea.
PART 3: Destiny , cant promise bila boleh update

Labels: , , , ,