<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1243786728839062260?origin\x3dhttp://combatssbiru.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Muse
Specs
Tutorials
Credits
+ follow Dashboard
Mr and Mrs Whatever- Part 2
Sunday, February 1212:41 PM

BAB 2: MET

"Cepat bersiap Armany, pakai baju kurung yang umi belikan hari itu." Mak Marina memberi arahan. Malas membantah, Armany cuma mengangguk perlahan dah mengatur langkah ke kamar beradu biarpun hatinya penuh bersarang tanda tanya.

"Pakai cantik sikit!" tambah Mak Marina kepada anak gadisnya itu. "Huh?" Armany mengerutkan dahi. "Ish budak ini, cepat sikit!" faham desakan ibunya Armany mempercepatkan langkah. "Apsal la dengan mak aku ni, petang-petang macam ni suruh aku siap cantik-cantik. Nak pergi mana?" ujar Armany saat menyarungkan baju kurung biru muda itu pemberian umi. Jelas keayuan gadis berkulit cerah itu. 30 minit kemudian, Armany menyusun langkah menuruni tangga untuk ke ruang makan seperti yang disuruh ibunya.

"Armany kan?" Armany tersentak. Sapaan dari jejaka yang telah memerhatinya sewaktu majlis perkahwinan kakaknya Khayrun. "Awak?" Armany membalas. Tanpa sempat jejaka itu memperkenalkan diri, Mak Marina  mencelah, "Eh, kenapa berdiri kat situ Fahmi? Duduk sini. Armany ajak Fahmi duduk." Dilihatnya pasangan separuh umur yang dijumpainya di majlis perkahwinah itu. Armany kehairanan.

..............................................

"DIJODOHKAN?!" Armany bercakap dengan nada separuh jerit. Mak Marina mula membuat reaksi tidak selesa. "Tak apa, biasalah kali pertama berjumpa setelah 11 tahun." Dahi Armany berkerut. Jejaka yang akan dijodohkan dengannya ini pernah berjumpa 11 tahun yang lepas? Armany memandang jejaka yg digelar 'Fahmi' itu. Lama Armany memandang wajahnya. 


Matanya kecil, redup. Alis keningnya lebat. Kulitnya cerah. Ketika duduk Armany berada di paras bahunya. Hidung mancung, bentuk wajah bujur. Ya! Baru Armany perasan, Fahmi seorang kacak. Bagaimana boleh seorang pemuda yang kacak yang dilahirkan dalam keluarga berada mahu menjadi suaminya, Khayrina Armany, gadis clumsy yang tidak punya rupa dan tidak dilahirkan dalam keluarga kaya. Armany seperti mengenali pemuda itu. Otaknya Armany sahaja yang malas memikirkan siapa pemuda itu.

Persoalan terlalu susah untuk dirungkai .

..................................................

"Armany? Kenapa awak pandang saya macam tu?" Fahmi mula bersuara. Armany mengalih pandangan. "Tak.. takde apa apa" Armany bermuka kelat. Dia langsung tidak mempunyai selera biarpun beraneka lauk-pauk terhidang di hadapan mata. Dari tadi dia cuba mengingati dimana dia berjumpa Fahmi. Entah mengapa, wajah Fahmi bagai pernah dilihatnya sebelum ini, tetapi dia sendiri tidak pasti dimana. Mahu sahaja Armany bertanyakan kepada uminya, tetapi memandangkan uminya sibuk melayan tetamu, dia batalkan sahaja niatnya itu.

"Fahmi, bawa Armany keluar. Boleh lah kamu berdua berbual." Datin Zarinah bersuara. Fahmi menurut perintah. Lantas padangannya dialihkan kepada Armany. Armany kekok, dia tidak pernah membayangkan seorang lelaki kacak melamarnya. "Seperti Prince Charming? Tidak lama lagi aku akan tahu juga." bisik hatinya. Armany dah Fahmi menuju ke taman di halaman rumah. Kedua ibu bapa tersenyum.

Angin bayu menghembus wajah Armany yang kerungsingan. Mereka duduk bertentangan di bangku batu di halaman rumah. "Jadi.. ibu bapa saya hendak menjodohkan kita berdua" Fahmi memulakan bicara. "Huh, dah tahu jawapannya tanya lagi." ujar Armany perlahan. Namun butir bicara dapat ditangkap Fahmi. "Mama dan Papa paksa saya, kalau saya tak kahwin dengan awak saya tidak akan mewarisi harta mereka. Harap awak faham." Armany menghela nafas. "Tapi kenapa saya? Kenapa bukan orang lain? Saya rasa awak bukan tak laku? Awak boleh cari perempuan dengan senang." Armany melepaskan segala yang terbuku di hati.

"Awak tak ingat saya? Mama yang mahu saya berkahwin dengan awak. Alasannya adalah kita dua pupu. Lagipun, mama kata awaklah calon yang paling sesuai.. Saya tidak boleh menolak." Fahmi pantas menjawab bagi membela diri. "Dua pupu? Saya tidak faham, kita pernah berjumpa ke sebelum ini?" Armany memadang Fahmi dengan suatu harapan. "Saya sendiri tidak ingat, tetapi mama kata kali terakhir kita berjumpa di Kelantan 11 tahun yang lalu." "Kelantan?" Armany masih tidak mengerti. Sejurus itu, Fahmi terpaksa pulang meninggalkan Armany dengan sejuta persoalan.

Cerita ini adalah kepunyaan Bella Jung . Aku cuma tulis dalam blog and pemberi 30% idea.
PART 3: Destiny , cant promise bila boleh update

Labels: , , , ,




Mr and Mrs Whatever- Part 1 + Sinopsis
Saturday, February 119:51 PM

Sinopsis: Bila jejaka kacak berpelajaran tinggi melama Khairina Armany sebagai isteri, terjawab sudah penantian umi dan abah Armany untuk menyasikkan dia besanding dia atas pelamin. Masalahnya begini, Armany langsung tidak mengenali jejaka berkulit cerah dan berhidung mancung yang melamarnya itu. Atas desakan kedua belah keluarga, Armany dah Fahmi bersanding jua. Satu persatu soalan terjawab dan bagaimanakan Armany dah Fahmi mengharungi bahtera rumah tangga tanapa cinta?

PART 1: YOUR EYES 

"Tahniah" Armany memulakan bicara sambil menyeka air mata yang mula berkaca. Di situ, insan yang paling rapat dan pendengar setia Armany, kakaknya duduk bersanding bersama jejaka pilihanya. Tanpa sepatah kata Khayrun Nisa memeluk adiknya. Kedua-dua nya menangis teresak-esak di pelukan masing-masing. Suami Khayrun, Mukhariz Lee Abduallah cuma mampu tersenyum da memerhati.

Riuh-rendah suasana di sekitar rumah Armany. Sanak-saudara dah kenalan tidak henti-henti berkunjung ke rumah Mak Marina dah Pak Yusof sempena sambutan pernikahan puteri sulung mereka. Namun dalam susana orang ramai itu, Armany perasan ada sepasang mata yang memerhati tingkah lakunya. Untuk menenangkan fikirannya, matanya memlilau ke tetamu di situ. Semuanya melakukan hal masing-masing. Namun tiada siapa pun yang menoleh ke arahnya. Hampa, Armany kembali melakukan tugasnya.

Armany menoleh ke arah jejaka yg sedang duduk, tetapi yang menghairankan jejaka itu memandanya tanpa sebarang ekspresi mahupun sepatah kata. "Gila ke apa mamat ni? Pandang orang semacam je!" bisik hati kecil Armany. Sedar aksi Armany yang kehairanan, jejaka itu terus mengalih pandanganya. Tidak lama selepas itu datang sepasan suami isteri berumur separuh abad ke meja jejaka itu, pada agakan Armany mungkin orang tua jejaka itu.

Armany melabuhkan punggunya di atas kerusi bersebelahan jejaka itu. "Pakcik dengan makcik ni nampak macam orang atasan, hmm Dato' dan Datin kot mereka ni" ujar Armany dia dalam hati. Wanita tua itu sempat memberi senyuman kepada Armany sejurus sebelum Armany meminta diri ke mja lain. Hati Armany dihambat teka-teki

Cerita ini adalah kepunyaan Bella Jung . Aku cuma tulis dalam blog dan pemberi 30% idea.

PART 2: MET besok x)

Labels: , , , ,